Tuesday, June 14, 2016

~ Tips Membeli Baju Raya Online ~

.: SALAM :.

Hye2 uols.....
Salam Ramadan Kareem....
Pejam celik sedar tak sedar harini dah pun masuk 9 Ramadan 1437H...
Dah 9 hari kt berpuasa.....
Camne puasa anda2 semua....harap sama2 lah kt dpt tingkatkan amal ibadah dalam bulan mulia ni....

Ok, bila dah masuk bulan Ramadan, pastinya akan disusuli dgn bulan Syawal selepasnya kan...
Dan bulan Syawal, ialah bulan yg paling happy utk kt semua...di mana bulan kita berhari raya, berkunjung kunjungan sesama sanak saudara dan jiran tetangga....
Dan semestinya bulan Syawal ni sgt sinonim lah dgn pakaian hari raya yg cantik2 kan....di mana masa ni, semua org sakan nk berbaju baru mengikut trend2 terkini.....muehehe...


Ramai je antara kita yang dah start shopping sejak beberapa bulan yg lalu lagi dan ramai juga yang belum membuat apa-apa persiapan..maklumlah, selalunya diskaun dan promosi akan bermula pada pertengahan bulan puasa...betul tak? tu yang ada org mmg suka shopping last minit....

Bagi mereka yg kaki shopping online pula, sekarang merupakan masa yang paling sesuai untuk membuat pembelian koleksi baju raya online. Mengapa?

Yang pertama, kebanyakan stok masih tersedia or org putih kata 'still available' dan saiz pun masih ada pelbagai...x perlu risau kt dah minat kat design tu, tp dah hbs, sold out semua...

Yang ke dua, kebanyakan portal online sudah mula menawarkan promosi istimewa sempena raya dan pastinya anda boleh menikmati tawaran harga baju raya yg jauh lebih murah dari harga biasa...

Jadi, adakah anda rasa pembelian koleksi baju raya secara online merupakan langkah yang bijak, mudah dan berbaloi? Jawapannya semestinyalah YA. Berikut saya sertakan tips-tips bagi anda yang mungkin baru pertama kali membeli baju raya secara online.


1. Apa yang paling penting, anda harus tahu ukuran anda dan saiz yang paling tepat....kan kita selalu beli baju lebih kurang je saiznya kan...kalau dah terbiasa pakai M, M lah yg kita akan beli...tapi kalau anda ingin membeli koleksi baju raya secara online tetapi anda tidak yakin, anda boleh mengambil ukuran badan anda dan membandingkan dengan carta ukuran yang disediakan oleh penjual online.

2. Baca dengan teliti butiran yang disediakan oleh penjual online. kenal pasti jenis fabrik yang digunakan dan cara-cara penjagaan fabrik tersebut....yela kan, takut2 kena dry clean ke apa...

3. Buat pembelian anda daripada penjual online yang anda percayai serta menyediakan kaedah pembayaran yang selamat dan terjamin. Ingat, kalau boleh pergi ke website yang dah 'establish', tidak meragukan....kang x pasal2, wang anda lesap, pagi raya terpaksa pakai baju tahun lepas pulak.... :'D

Hehe, wat masa ni...ni jela tips-tips yang saya boleh kongsikan dengan anda.....tidak perlu sesak2 cari parking, tidak perlu buang tenaga jalan jauh2, tidak perlu keluar peluh hadap panas matahari, anda hanya perlu survey dan semuanya hanya di hujung jari....

Seronok kannnn shopping online ? (^____________^)

Semoga kali ni, tips yang diberikan dapat memberi 1001 manfaat kepada anda semua....
Happy shopping everyone!!!!
Dan selamat berpuasa.....

.: DAA ~~~ :.